: Welcome to my official blog. Thank you for clicking the link you've got it. Do click do read.

Monday 24 October 2011

sy seorng lelaki METROSEKSUAL


Bak melangkah keluar daripada kepompong lama, semakin hari terserlah kemahuan lelaki untuk tampil lebih kacak dan bergaya. Jika suatu ketika dulu, soal gaya atau berdandan menjadi taboo dunia lelaki, perubahan semasa dan gaya hidup sukar disangkal.
Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur bulu kening dan pelembap bibir, semua itu adalah senario biasa dalam dunia jejaka moden hari ini. Lihat saja kelengkapan mandi dan set penjagaan diri anak muda yang tersusun di almari dan bilik mandi kerana mereka sudah percaya kepada pentingnya penjagaan diri. Perubahan yang melanda lelaki urban secara ketara pada awal abad ke-21 menyaksikan mereka mula menghargai kebersihan diri, menitikberatkan soal penampilan serta peka soal penjagaan kulit wajah. Sama ada tindakan itu berteraskan keinginan peribadi mahupun tuntutan semasa, tidak dapat tidak, semakin ramai lelaki tidak ragu mendapatkan rawatan facial wajah. Lantas muncullah istilah ‘metroseksual’ walaupun pada awalnya mengikut satu laporan, sebanyak 31 peratus lelaki sendiri tidak faham maksud di sebalik terma fesyen yang mengaitkan golongan berkenaan.
Istilah metroseksual yang diambil daripada maksud Yunani adalah menggambarkan lelaki heteroseksual metropolitan yang menjaga penampilan diri dari semua aspek seperti mana lelaki urban. Berdasarkan istilah yang mulanya dianggap pelik, siapa sangka perkataan metroseksual itu diiktiraf sebagai ‘Word of the Year 2003’ oleh American Dialect Society. Berbalik kepada transformasi gaya jejaka, laporan AFP mendedahkan jejaka Pakistan mula menitikberatkan penampilan diri. Malah, di Karachi, salun khusus untuk pelanggan lelaki mula dibuka dan mendapat sambutan.
Bukan sekadar salun biasa dengan khidmat menggunting rambut serta bercukur, perkhidmatan mengubah gaya rambut serta melakukan rawatan wajah atau facial juga cukup popular di kalangan lelaki elit yang mengamalkan gaya hidup moden. Walaupun suatu ketika dulu, gambaran sebegitu cukup asing di kalangan lelaki di Pakistan yang majoritinya Islam dan berpakaian kurta, namun salun rawatan yang mengkhususkan lelaki semakin mendapat maklum balas positif terutama di bandar-bandar utama di negara itu.
“Walaupun pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan meluas, golongan lelaki urban dan berpendapatan tinggi memiliki keupayaan dari segi kewangan dan tentunya mereka mahukan penampilan yang meyakinkan,” kata biro iklan Synergy, Hassan Kilde Bahwa dalam laporan itu.
Bajwa menyimpulkan bangkitnya golongan metroseksual di Pakistan adalah kesan daripada letusan kemunculan media di negara berkenaan 15 tahun lalu. Di mana, sebelum itu hanya ada dua saluran televisyen dan tidak ada stesen radio sebagai medium penghubung.
Katanya, kempen iklan yang berkesan serta keinginan untuk meningkatkan penampilan antara sebab mengapa semakin ramai lelaki di Pakistan mencuba pelbagai produk dan hasilnya jelas ketara dengan adanya lebih banyak pilihan untuk produk jejaka. Menyoroti pula senario trend lelaki metroseksual di Malaysia, nyata sekali perkembangannya hampir serupa dan mungkin juga lebih ke depan dari segi penerimaan dan kesedaran menjaga penampilan diri di kalangan lelaki.
Tidak saja lambakan produk penjagaan wajah bermula daripada pencuci muka, krim anti penuaan, krim pelembap mata, pupur hinggalah kepada set bercukur yang kini sudah dikenali lelaki. Malah, golongan lelaki yang suatu ketika dulu cukup ‘geli’ apabila diminta menyapu losyen tangan kini tanpa segan selesa berkunjung ke pusat rawatan spa atau melakukan rawatan kuku.
Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan. Tidak perlu terburu-buru untuk melakukan transformasi, memadai andai menggunakan pencuci wajah. Sedikit alternatif dilakukan, tentu ada perubahan di kemudian hari.
homefamilysite http://homefamilysite.com/blog/lelaki-metroseksual-semakin-berani/#ixzz1bh2CpkyU



2 comments:

  1. Betui2.........tgk sahaja kamu...memang pandai mengayakan pakaian dan juga pandai berpesyen....ko yg tulis sendiri ke kat atas neh..memang terbaik la......bahasa sgt bagus...

    ReplyDelete